Kenyataan artis ini pasti buat Fazura termalu sangat..

Jika sebelum ni Fazura melalui program Facing Up To Fazura telah mendakwa pernah bercinta dengan pelakon yang bergandingan dengannya dalam filem ‘Manisnya Cinta Di Cappadoccia’ iaitu Shaheizy Sam..

Kini giliran Sam pulak mendedahkan perkara sebenar.., menerusi rancangan Melodi TV3 semalam, Sam telah menafikan pernah bercinta dengan Fazura sebalik mereka hanya berkawan.. So Fazura ni syok sendiri ke? Malu beb!

“Tak adalah, orang cantik seperti itu takkanlah bertepuk sebelah tangan. Cuma bila tiba masanya untuk saya bercerita nanti barulah saya akan bercerita”

“Ia lebih kepada hubungan kawan di mana kami bekerja secara profesional bersama-sama. Bagi orang yang tidak kenal mungkin berasa tidak selesa dengan dia tetapi saya selesa dengan dia dan masih berkawan dengan dia,” katanya..

Pelik kan dengar penjelasan Sam, kalau tak ada apa-apa takkan Fazura berani bagitahu satu Malaysia dia pernah bercinta dengan Sam di rancangan realitinya tu..

Kadang-kadang dunia selebriti ni memang hidup dengan penafian, macam kes Wawa Zainal dan Aeril Zafrel dulu la.. Nafi bagai nak gila tengok-tengok diorang cakap dah kahwin.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small