Kanta lekap boleh “zoom” kini sedang mula dicipta..

Syiok ooo..Ye la,semakin hari, semakin canggih.. Memang selaras lah dengan peredaran dunia.. Siapa yang tak teruja melihat perubahan drastik macam ni kan..  Hehe..

Wow, kali ni, para penyelidik sedang membangunkan kanta lensa lekap yang memiliki teleskop kecil untuk meningkatkan keupayaan penglihatan manusia sama ada bagi zoom lebih dekat atau jauh menggunakan kawalan mata.

Tudia.. Hebat gilerr lah..Inovasi kanta lensa lekap senipis 1.55 milimeter (mm) itu direka sangat nipis untuk memuatkan teleskop pantulan yang boleh diaktifkan apabila pengguna mengenyit mata. So korang tak perlu risau tentang mata korang..

Menurut penyelidik, kalau nak zoom, kenyit mata jer lah.. Haha.. Pengguna hanya perlu mengenyit mata kanan untuk aktifkan teleskop dan zoom bagi membesarkan objek jauh, manakala kenyitan mata sebelah kiri pula untuk mengembalikan pandangan kepada penglihatan normal.

Teruja kan. Tapi jangan zoom benda yang tak patut okay..Kang timbul  salah faham.Jenuh nak menjawab.. Tak pasal-pasal kena tuduh mengorat plak kan.. Opss.. Sia-sia check-in kat hospital…Haha..Gunakan dengan betul yer.. ~~MiraAzhar/UtaraNews.com

ep2p-5small