Jozan Bakal Riuhkan Anugerah MeleTOP Era 2015

Jozan Bakal Riuhkan Anugerah MeleTOP Era 2015

Tinggal enam hari sahaja lagi malam Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015) bakal bersiaran.

Jika anda semua teruja menantikan 22 Februari ini, begitu juga dengan pengacara AME 2015 iaitu Zizan Razak.

Pelawak dan pelakon popular itu baru-baru ini telah memuat naik beberapa keping foto dia bersama Johan di akaun Instagram (IG) peribadinya.

Pada mulanya foto-foto tersebut mengundang tanggapan negatif sesetengah pihak apabila ada yang mendakwa Zizan sengaja membanding-bandingkan gandingannya bersama Johan dalam kumpulan Jozan dan Virus.

Memandangkan ketika foto tersebut dimuat naik, Virus baru sahaja disingkirkan daripada Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014).

Tapi sebenarnya ramai yang terlepas pandang atau tidak mengetahui yang Zizan dan Johan atau Jozan akan memeriahkan lagi pentas AME 2015 pada minggu hadapan!

Astro Gempak lihat, para peminat Jozan sudah tidak sabar-sabar untuk melihat pasangan ini beraksi kerana mereka sudah lama tidak bersama sejak tamat Maharaja Lawak Mega 2012 yang lalu.

Percaya atau tidak Zizan teruja hendak beraksi bersama Jozan, lihat sahaja pada foto-foto yang dimuat naik tersebut.

Bagaimanapun, jika anda ingin melihat keriuhan pentas AME 2015 dengan gelagat JOZAN dan tiga lagi pengacara hebat iaitu Nabil, Datuk AC Mizal dan Neelofa tonton secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) serta siaran serentak di Astro Hitz (705) dan Maya HD (135) serta menerusi aplikasi Astro On-The-Go.

AME 2015 dibawa secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil dengan tema ‘Yang Hit Yang Legend’.  ~ Astro

ep2p-2