Jom ke Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2015)

Jom ke Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2015)

Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2015), festival drama lebih besar, lebih dramatik serta menyediakan platform untuk menimba ilmu, merasai pengalaman dan meraikan karyawan tempatan kini kembali bagi tahun 2015!

Pada tahun kedua ini, DFKL 2015 yang dibawakan oleh TV3 dan TV9 menjanjikan pengisian yang lebih baik, menarik dan turut menampilkan wajah-wajah baru seperti pelakon, pelawak, pengarah filem dan animasiyang terkemuka dan mendapat pengiktirafan tidak hanya dalam industri hiburan tanah air malahan luar negara.

DFKL pada tahun ini turut mengangkat Zul Ariffin dan Nur Fathia  sebagai duta utama DFKL 2015.  Sementara Nora Danish pula, dilantik sebagai duta media sosial. Mereka akan mempromosikan DFKL 2015 melalui laman sosial, turut serta di sesi jelajah, bengkel dan malam Anugerah DFKL 2015.

Kali ini, beberapa penceramah berpengalaman akan terlibat dalam bengkel yang bakal diadakan pada 14 dan 15 Mac nanti. Bukan sahaja mereka yang berpengalaman dari segi lakonan, komedi, pengarahan dan skrip drama malahan, pakar-pakar animasi turut terlibat dalam bengkel pada tahun ini. Antaranya ialah Datuk Yusof Haslam, Sheila Rusly, Remy Ishak, Adi Putra,  Syed Nurfaiz Khalid (Les’ Copaque), Usamah Zaid (Wau Studio), Nizam (Animonsta),Tariq (Glue Studios)dan ramai lagi.

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9; “DFKL 2015 dilihat sebagai satu platform yang amat tepat untuk memartabatkan industri drama tanah air dimana ianya turut menghubungkan para karyawan termasuklah pengarah, juruanimasi, pelawak dan pelakon dari amatur hinggalah ke profesional untuk saling berkongsi idea. Selain itu juga, penganjuran DFKL 2015 turut dapat memanfaatkan kepakaran yang mereka miliki agar ianya dapat dikongsi bersama dan melahirkan generasi baru yang berbakat serta lebih kreatif”.

ep2p-2