Isu Mengamuk Satu Fitnah, Jep Sepahtu Mahu Saman Akhbar?

Maka dengan ini terjawablah persoalan mengenai kisah pelawak Jep Sepahtu yang dikatakan mengamuk di belakang pentas selepas tewas kepada kumpulan Zero dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014, baru-baru ini.

Menurut laporan media tempatan, Jep telah menjelaskan bahawa isu itu adalah fitnah semata-mata dan mahu mengambil tindakan saman terhadap akhbar yang memulakan cerita tersebut.

Dia juga berkata, tidak ada apa-apa berlaku pada malam itu, sebaliknya dia dan Shuib terus dibawa ke bilik sidang akhbar oleh dua kakitangan Astro. Dua kakitangan itu menjadi saksi yang dia tidak mengamuk seperti digembar-gemburkan sebelum ini.

Dia bagaimanapun telah mendapatkan khidmat nasihat peguan untuk menyelesaikan kes tersebut. ─ Siakapkeli.com.my

ep2p-5small