ISMAIL SABRI ENGGAN TUNDUK DESAKAN PENIAGA CINA

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tetap mengelak daripada memohon maaf atas kenyataan kontroversinya ke atas peniaga Cina.

Katanya, beliau hanya kecewa kerana kenyataannya dilihat dari sudut perkauman, namun tidak kecewa kerana membuat kenyataan itu.

Ditanya sekiranya “kekecewaan” merupakan satu bentuk permohonan maaf, Ismail berkata: “Tidak, ini bukan satu permohonan maaf atau apa-apa.

“Jika saya jawab soalan anda, orang akan maafkan saya kerana tidak mohon maaf dan kerana saya tidak tarik balik (kenyataan), (mengatakan) saya masih mahu buat provokasi, jadi tidak habis…

“Saya rasa saya tidak mahu jawab apa-apa. Saya juga tidak mahu jawab soalan anda. Minta maaf atau tidak, saya tidak mahu jawab,” kata Ismail.

ep2p-5small