Ini mungkin cara paling berkesan untuk Anwar bebas dari penjara.

PKR cuba mengelirukan rakyat dengan menuduh kes liwat ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar  ini sebagai satu konspirasi politik oleh pemimpin Umno. Selain itu, PKR turut mendakwa Anwar sering tidak mendapat keadilan.

Tindakan keluarga Anwar yang memohon pengampunan Diraja malah disokong PKR, menimbulkan pelbagai persoalan bagi semua pihak terutamanya pemerhati politik. Mengapa Anwar perlu memohon pengampunan ini  jika dia tidak melakukan kesalahan ini?

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang menyifatkan permohonan yang dibuat Anwar kerana beliau tidak boleh dikecualikan daripada hukuman tersebut kecuali undang-undang liwat dimansuhkan.

“Tiada asas kukuh untuk pengampunan dan pengecualian hukuman tersebut kecualilah liwat dimansuhkan oleh Parlimen ,” kata Keng Liang dalam satu kenyataan

Keng Liang berkata,  kalau PKR masih tidak berpuas hati dengan kes Anwar, PKR perlu membawa perkara ini dalam sidang Dewan Rakyat bagi memboleh undang-undang mengenai liwat dimansuhkan.

“Jika benar PKR tidak bersetuju dengan jenayah liwat, ahli-ahli Parlimen PKR sepatutnya membentangkan usul dalam sidang Dewan Rakyat bulan depan untuk membatalkan undang-undang berkenaan,” katanya.

Keng Liang turut mendesak PKR menjelaskan sebab mengapa PKR mahu Anwar dikecualikan daripada hukuman tersebut jika Anwar mendakwa beliau tidak bersalah.-Alip Danial/Utaranews.com-

ep2p-2