Imej Baru Raja Ema Persis Eina Azman?

Amboi bukan main lagi Raja Ema kita ni, pelakon yang popular di zaman era 80-an kini semakin bergaya dan menarik perhatian ramai. Terbaru, Raja Ema memuat naik gambar di laman Instagramnya menunjukkan fesyen rambut yang terkini.

Raja Ema tampil dengan rambutnya yang perang ‘blonde’ sehingga dilihat seakan pelakon ‘Selamat Pengantin Madu’, Datin Paduka Eina Azman. Cuba tengok sendiri.

Imej Baru Raja Ema Persis Eina Azman

Wajah Raja Ema selepas perangkan rambut

Haaa gambar yang dikongsikan bersama Astro Gempak ini jelas menunjukkan Raja Ema seperti mempunyai pertalian darah dengan Eina Azman, tak gitu hehehe. Bukan kami je tau yang rasa begitu, para peminat pun sama.

Imej Baru Raja Ema Persis Eina Azman

Untuk pengetahuan, gambar tersebut bagi mempromosikan koleksi baju tidur jenamanya sendiri iaitu ‘Raja Ema Sleep Wear Collection 2015′. Wahh ada jenama pakaian tidur, menarik ni. Hmmm kami rasa kan, mesti ada juga yang cuba untuk memberi komen atau kritikan dengan imej Raja Ema ni tapi malas la rasanya nak tunjuk komen-komen yang panas. Ahaks!

16 total views, 16 views today

ep2p-2