Ifa Raziah tak dengki dengan dangdut Amelina.

Nampaknya kenyataan yang dimaklumkan dikeluarkan oleh Ifa Raziah berhubung dengan ‘comeback’ Amelina tu hanya salah faham..

Ramai orang beranggapan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ifa pada Amelina menunjukkan Ifa dengki dan iri hati dengan kemunculan Amelina.. Ifa telah tampil dan menjelaskan dengan lebih teperinci..

Ifa mendakwa kenyataan dia tu telah dimanipulasi oleh individu lain sehingga memberi maksud yang lain..

“Saya terkilan sampai boleh jadi macam ini. Lain yang saya cakap, lain yang keluar. Bila orang baca sudah tentulah akan anggap saya jahat dan dengki dengan kemunculan semula Amelina dalam nyanyian sedangkan saya tidak bermaksud begitu.”

“Kalau tidak dibetulkan keadaan, nanti tak pasal-pasal pula kami bermasam muka pula sebab salah faham.”

“Mengapa pula saya nak iri hati sedangkan kami ada peminat masing-masing. Tapi saya yakin Amelina bukan jenis yang mudah melatah sebab kami sudah lama kenal perangai satu sama lain” jelasnya..

Biasalah kalau dah terlibat dalam industri hiburan mesti akan ada kenyataan selebriti yang dimanipulasi..

Nasib baiklah Amelina tak cepat melatah bila menerima komen Ifa yang dikatakan telah dimanipulasi tu.. Kalau Amelina pun balas kenyataan Ifa tu memang masam muka la mereka berdua ni.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small