Ifa Raziah kutuk Amelina nak menyanyi dangdut..

Ifa Raziah memang sudah terkenal dengan mulut lasernya.., sekali dia cakap memang buat orang sakit hati.. Nampaknya, kali ni dia mengutuk Amelina.. Amelina yang terkenal dengan lagu dangdut dulu-dulu tu lah..

Sewaktu comeback Amelina, banyak jugak bunyi yang mengatakan, kemunculan Amelina pasti buat Ifa tercabar.. Maklumlah dua-dua menyanyikan irama dangdut.., nama Ifa mula naik sejak dia menyanyikan irama dangdut tau..

Tapi bagi Ifa kemunculan Amelina tak memberi cabaran sedikit pun pada dirinya.., dia juga telah memberikan komen mengenai kemunculan semula Amelina dalam indsutri hiburan tanah air..

“Comeback sesuatu yang baru, saya tak nampak benda yang baru (dari Amelina), dia masih nyanyi lagu-lagu lama, mana yang barunya.

Tidak mengapalah dia nak muncul, muncul lah, tak ada siapa menghalang pun. Tak ada dia ke, ada dia ke, sama sahaja, tak ada beza pun pada saya.

Saya masih boleh cari makan dengan irama dangdut, masih bertahan sampai hari ini kerana industri dangdut.” ujarnya..

Kalau tak salah Miss A memang kemunculan Amelina ni akan membuat kelainan yang baru.. Mungkin Ifa ni tak tahu kot.. Amelina sedang hasil lagu baru bersama dengan komposer Ajai cuma ia belum dikeluarkan di pasaran..

Sama-samalah kita nantikan apa yang akan dihasilkan oleh Amelina.. Miss A/UtaraNews.com 

ep2p-5small