Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015

Kejohanan Hoki Piala Sultan azlan Shah 2015 akan berlangsung pada 2 hingga 14 April 2015 akan datang. Kejohanan hoki jemputan ini merupakan edisi ke 24 sejak ianya diperkenalkan. Kejohanan edisi kali ini akan disertai oleh 6 pasukan termasuk juara bertahan kejohanan edisi lalu, Australia yang juga merupakan juara dunia, selain Malaysia selaku tuan rumah. 4 negara lain yang turut mengesahkan penyertaan ialah New Zealand, Korea Selatan, India dan Kanada. Kejohanan ini juga pastinya menarik perhatian apatah lagi pasukan hoki negara menunjukkan peningkatan apabila berjaya menjuarai Pusingan Kedua Kelayakan Hoki Liga Dunia 2014/15 yang berlangsung di Singapura Januari lalu.

Kejohanan ini juga pastinya akan digunakan sepenuhnya oleh pasukan negara dalam persiapan menghadapi Separuh Akhir Kejohanan Hoki Liga Dunia 2014/15 akan datang. Berdasarkan kedudukan ranking semasa, Australia di kedudukan pertama dunia, New Zealand (7), Korea Selatan (8), India (9), Malaysia (12) dan Kanada (13). Butiran lanjut kejohanan ini Bual Sukan dikemaskini dari semasa ke semasa. 

ep2p-2