Harimau Malaya Bakal Berdepan Ivory Coast

Harimau Malaya kuning happyIvory Coast bakal menjadi lawan pertama skuad Harimau Malaya pada aksi perlawanan persahabatan yang dijangka berlangsung penghujung bulan depan, namun Persatuan Bola Sepak Malaysia masih lagi tidak membuat sebarang ketetapan untuk perlawanan tersebut.

Penampilan pemain bertaraf dunia seperti Wifried Bony dan Yaya Toure akan menguji fizikal dan taktikal Harimau Malaya dalam usaha mengaut pengalaman baru dan memantapkan lagi prestasi pemain.

// <![CDATA[
new innity_adZone(“07211688a0869d995947a8fb11b215d6”, “41883”, {“origin”: “MY”, “width”: “300”, “height”: “250”});
// ]]>
“Kami telah membuat perancangan untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang Ivory Coast, namun masih tiada pengesahan daripada FAM dan saya berharap ia dapat ditetapkan dengan secepat mungkin.” ujar Dollah Salleh.

Selain Ivory Coast, skuad negara akan diuji oleh pasukan ke-171 dunia India Mac nanti, sementara itu Dollah Salleh berkata misi pencarian pemain yang akan mewakili negara akan bermula pada perlawanan Liga Super 7 februari ini.

“Saya akan melihat setiap perlawanan perlawanan untuk membuat pemilihan pemain yang tepat untuk persediaan bagi perlawanan persahabatan ini.”

ep2p-5small