Pasaran peranti mewah sebelum ini dikuasai oleh Vertu dengan peranti yang diperbuat daripada bahan eksotik seperti kulit ular sawa. Peranti mewah mensasarkan golongan kaya raya yang lebih mementingkan jenama dari kemampuan peranti. Oleh sebab itulah Vertu masih boleh beroperasi sungguhpun menjual peranti dengan spesifikasi yang rendah. Hanmac ialah sebuah lagi syarikat yang menghasilkan peranti mewah dan mereka berpangkalan di Perancis. Mereka baru sahaja memperkenalkan Hanmac New Defency, peranti pintar Android mereka. Ia diperbuat sepenuhnya daripada logam dan mempunyai rekaan steampunk. New Defency dilengkapi skrin 3.5″ (480P) diperkasakan oleh pemproses 1.2 GHz empat teras Mediatek 6582, RAM 2 Gigabyte dan muatan dalam 64 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah 13 Megapixel pada bahagian belakang dan 3 Megapixel pada bahagian hadapan. Ia akan menggunakan sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean dan mempunyai bateri sebesar 1440 mAh. Spesifasi yang sangat menyedihkan dari Hanmac tetapi peranti ini hanya mensasarkan pasaran China. Harga jualan Hanmac New Defency ialah sekitar RM 11 000 sebuah.
Hannmac New Defency : Peranti Mewah Dari Perancis
mediaterjah
6 years ago
Related Posts

Raspberry Pi 3 Diperkenalkan Dengan Sokongan WiFi Dan Bluetooth Terbina
mediaterjah
29/02/2016

Facebook Ingin Memudahkan Penemuan Perkongsian Baru Di NewsFeed Melalui See First
mediaterjah
22/06/2015

Facebook Spaces Kini Memberikan Lebih Banyak Pilihan Kustomasi Wajah Dan Tubuh Untuk Avatar – Amanz
mediaterjah
03/04/2018

Samsung Malaysia Membuka Program Tukar-Ganti Peranti Sedia Ada Kepada Galaxy S6
mediaterjah
11/05/2015

Rekaan Microsoft Lumia 750 Yang Dibatalkan Tertiris
mediaterjah
08/11/2016

SR1M – Sim Kad Rakyat 1Malaysia Dilancarkan Secara Rasmi
mediaterjah
16/03/2015

HP Memilih Bang & Olufsen Sebagai Rakan Kerjasama Teknologi Audio – Menggantikan Beats Audio
mediaterjah
25/03/2015

Telekom Malaysia Mengemaskini Dan Menaik-Taraf Infrastruktur DNS Mereka
mediaterjah
04/08/2015

Permainan Saladin Diperlihatkan – Akan Hadir Untuk Platform Android
mediaterjah
31/01/2015