Hafiz Suip Masuk Hospital Kerana slipped disc

Advertisement

Sejak empat hari lalu, penyanyi Hafiz Suip telah dimasukkan ke sebuah hospital di Subang Jaya akibat masalah sakit tulang belakang (slipped disc).

Penyanyi lagu Matahari itu telah memaklumkan hal tersebut di laman instagramnya.

Menurut Hafiz Suip yang yang merupakan juara Akademi Fantasia musim ketujuh itu, bahawa doktor menyarankan beliau supaya beliau berehat selama beberapa minggu sebelum meneruskan segala aktiviti termasuk kerjaya seninya.

Advertisement

Menarik artikel yang berkaitan :- “27 Februari 2015, Hafiz Suip Bakal Bertunang?“

“Hal ini terjadi ketika saya bermain futsal baru-baru ini. Saya banyak buat aktiviti berat dan lincah juga. Doakan saya cepat sembuh,” katanya ringkas yang kali terakhir terbabit di arena seni menerusi program Mentor Legend di TV3.

31 total views, 31 views today

ep2p-2