Guan Eng hanya iktiraf Anwar sebagai Ketua Pakatan Rakyat.

Meskipun Anwar Ibrahim telah didapati bersalah dan dihukum 5 tahun penjara semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
menyatakan sokongan padu kepada Anwar Ibrahim yang tetap merupakan ketua Pakatan Rakyat.

Menurut laporan sebuah portal hari ini, Guan Eng dalam kenyataannya menegaskan bahawa Anwar masih merupakan ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh sehingga beliau diminta secara rasmi mengosongkan kerusinya.

Katanya, dengan merujuk Perkara 48 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang ahli Parlimen hilang kelayakan jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan bebas.

“Dalam masa 14 hari, Anwar akan kehilangan kerusinya melainkan jika beliau memohon keampunan dari Yang di-Pertuan Agong,” kata Lim dalam satu sidang media di Komtar hari ini.

“Oleh itu, kita perlu menunggu sehingga Yang di-Pertuan Agong menerima atau menolak petisyennya.”

“Ia bergantung sama ada Anwar mahu memohon pengampunan dari Yang di-Pertuan Agong,” kata Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Guan Eng menolak dakwaan bahawa bahawa DAP akan menduduki jawatan ketua pembangkang dalam pakatan bagi menggantikan tempat Anwar.

Dalam perkembangan yang sama, beliau memberitahu, PAS dijangka berbincang berhubung jawatan ketua pembangkang itu hari ini, namun Guan Eng berkata “saya hanya boleh bercakap bagi pihak DAP”.

Guan Eng ketika ditanya oleh pihak media sama ada DAP bersedia untuk pilihan raya kecil Permatang Pauh, beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa soalan tersebut hanya boleh dijawab setelah kerusi di Parlimen berkenaan dikosongkan. – AzlinHussain/UtaraNews.com

ep2p-5small