Guan Eng arahkan PAS tutup mulut pasal Hudud.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata DAP akan menangguhkan keputusan pelaksanaan berhubung isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) sehingga perkara ini dibincangkan pada mesyuarat Majlis Teringgi Pakatan Rakyat nanti.

Guan Eng juga turut mendesak Pas agar menangguhkan dahulu hasrat untuk melaksanakan hudud di Kelantan ekoran DAP tidak mahu melaksanakan dahulu pilihan raya PBT ini selagi tidak dibincangkan dalam mesyuarat.

Guan Eng berkata, perkara ini harus di bincangkan dalam mesyuarat terlebih dahulu sebelum melaksanakannya tidak kira mempunyai kata sepakat ataupun tidak.

“Tidak kira sama ada penyelesaian boleh dicapai untuk merungkai kedua-dua isu atau tidak, tetapi penting ia dibincangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang melibatkan pemimpin ketiga-tiga parti. Ia selaras dengan prinsip PR yang bergerak atas prinsip permuafakatan dalam membuat keputusan,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

Lim turut mengulas mengenai hudud dengan berkata, Pas memang mengakui pelaksanaan hudud bukan sebahagian dasar bersama pakatan atau manifesto pilihanraya umum PR. Hudud itu hanya diluluskan sebelum PR dibentuk lagi.

ep2p-2