GAMBAR ‘PANAS’ AHLI FOURTEEN DENGAN AWEK MULA BERLEGAR DI INTERNET

Wow.. serius ke diorang ni dah bertunang? Jelousnya Miss A kalau mereka ni betul-betul bertunang.. Miss A antara peminat Ariz Lufias.., almaklumlah Ariz tu kan hensem.. Ala-ala artis Kpop gitew..

Gosip ni mula tersebar gara-gara gambar Zulin dan Ariz yang nampak macam mereka ni bertunang.. So ramai peminat anggap pasangan ni bertunang senyap-senyap.. Tapi kalau diorang bertunang senyap-senyap pun tak salah.., kan orang pernah cakap kalau tunang tu perlu dirahsiakan.. Nak kahwin barulah war-warkan.. Ye dak?

Menurut Zulin, majlis yang dihadiri oleh mereka ni hanyalah majlis doa selamat.. Tapi yang buat Miss A musykil, majlis doa selamat memang perlu ada pelamin sekali ke? Pelamin tu pun cantik tersergam indah di majlis tersebut..

Lepas tu gambar Ariz duduk bersebelahan Zulin buat Miss A tambah curiga.., macam mana pun sama-sama kita tunggu penjelasan dari pihak mereka.. Memang Miss A pun ada jugak dengar gosip pasangan ni sedang hangat bercinta.. Tapi gosip tak tentu betul lagi kan.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small