Foto Comel Baby Bump Pertama Lisa Surihani

Indahnya bakal bergelar ibu, saat tersebut memang sentiasa dinantikan bagi pasangan yang berkahwin. Ehem berita ‘Lisa Surihani Sah Hamil‘ benar-benar memberikan khabar gembira kepada seluruh peminatnya malah rakan artis juga turut tumpang gembira dengan berita tersebut menerusi artikel ini ‘Lisa Hamil, Respon Gembira Hanis Zalikha Dan Fazura‘. Bila bakal bergelar ibu ni, Lisa Surihani makin berseri-seri lah, comel je. Opss!

Walaupun sebelum ini ‘Lisa Surihani Enggan Komen Isu Hamil‘ kini beliau terpaksa membuka mulut tentang berita tersebut. Berita gembira harus lah dikongsi, lagipun peminat dah lama menunggu berita tersebut. Tak gitu?

Namun, keterujaan tersebut bagaikan tidak lengkap kerana Lisa Surihani masih belum mendedahkan usia kandungannya. Malah, berita gembira itu juga tidak dikongsikan secara terperinci bersama peminat.

Pelakon Lisa Surihani lain dari yang lain kerana kebiasaan ibu mengandung pasti berkongsi setiap detik dan gambar sewaktu mengandung, tapi Lisa nampaknya tidak berbuat demikian. Mungkin belum tiba masanya lagi.

Terima kasih untuk Sharifah Amani tau!. Foto Comel Baby Bump Pertama Lisa Surihani dikongsi oleh Sharifah Amani di laman instagram miliknya dengan kapsyen :-

Baby Bump Pertama Lisa Surihani

 Glowing. Just as she should.
May you be blessed with health, peace and tranquility throughout. Mudah mudahan Allah setuju. Much love @iamlisasurihani

Memang comel baby bump Lisa Surihani, agaknya lelaki ke perempuan eh? Opss! yang penting pasti comel seperi ibu dan ayah mereka. Kami dari GosipMalaysia doakan semoga kandungan tersebut sihat dan dilahirkan dnegan selamat. Apa pun ‘Tahniah Lisa Surihani Menang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM26‘!. Eh!

92 total views, 92 views today

ep2p-5small