Firefox Mula Menguji Fungsi Reader Mode Pada Versi Nigthly

Terdapat pemalam sedia ada yang menawarkan sokongan “Reading Mode” pada pelayar web Firefox. Namun, kini Mozilla dilihat ingin membawanya terus terbina pada pelayar web Firefox mereka, dan telah memulakan ujian pembangunan awal pada Firefox Nightly terbaru.

Fungsi ini disembunyikan dan tidak diaktifkan secara asas, dan memerlukan pengguna membuat perubahan pada about:config dan mengaktifkan reader.parse-on-load.enabled dengan dwi-klik padanya.

Sebaik sahaja anda mengaktifkannya, perlu memulakan semula pelayar web anda, dan seterusnya, setiap kali melayari web, anda akan dipaparkan dengan sebuah ikon khas pada bar URL, yang mana anda boleh klik dan ia mengubah paparan kepada bentuk pembacaan yang lebih mudah.

Firefox Reader

Bagi anda yang tidak mengenali akan Reader Mode, apabila ia diaktifkan, ia membuang pelbagai elemen pada sesuatu web – dan memfokuskan sepenuhnya kepada teks dan apa yang ingin disampaikan. Ia sekaligus membolehkan pengguna memberikan fokus sepenuhnya ketika membaca dan tidak terganggu dengan perkara lain.

Bagi anda yang ingin mencuba, boleh memuat-turun Firefox Nightly hari ini, dan mengaktifkan fungsi Reader Mode ini.

ep2p-5small