Ferrari Mewah Rentung

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berputih mata selepas kereta yang dipandunya jenis Ferrari rentung dalam satu kejadian di Jalan Travers, dekat sini, hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Isyarudin Ishak berkata, bagaimanapun pemandu berusia lingkungan 30-an tersebut berjaya menyelamatkan diri selepas menyedari api pada keretanya.

Menurutnya, kejadian kira-kira 6 petang berjaya dikawal 10 minit kemudian.

“Kita masih siasat punca kejadian. Kereta mewah tersebut rentung keseluruhan dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata, tiada kecederaan pada mangsa. – SH

ep2p-2