Felda boleh lupakan Ferris Danial

FELDA United boleh melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat bekas penyerang Harimau Muda A, Muhammad Ferris Danial Mat Nasir.

Semalam, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membuat keputusan untuk tidak melepaskan pemain berkenaan kepada mana-mana pasukan.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, jawatankuasa pengurusan yang bermesyuarat semalam mengambil ketetapan bahawa bekas pemain Harimau Muda A itu adalah sah milik skuad yang mendapat jolokan The Red Warriors.

“Mesyuarat telah menggariskan tiga pendekatan berhubung perkara berkenaan. Pertama, mengesahkan Ferris Danial milik Kelantan seper­ti yang telah diputuskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini.

// <![CDATA[
new innity_adZone(“07211688a0869d995947a8fb11b215d6”, “41883”, {“origin”: “MY”, “width”: “300”, “height”: “250”});
// ]]>
“Kedua, KAFA akan memaklumkan kepada FAM mengenai ke­dudukan pemain berkenaan dan keti­ga, membuka ruang kepada pi­hak yang berminat mendapatkan khidmatnya.

“Sekiranya berminat untuk mendapatkan khidmat Ferris Danial, mereka boleh datang mengadakan perbincangan dengan KAFA dan kita sedia menerima kunjungan mereka,” kata Annuar kepada pemberita selepas merasmikan majlis memperkenalkan Jersi dan Pemain Pasukan Kelantan Musim 2015 di Kota Bharu semalam.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan nasib Ferris Danial yang menjadi rebutan antara Kelantan dengan Felda United hanya akan diketahui selepas mesyuarat jawatankuasa pengurusan KAFA semalam.

Kemelut tersebut tercetus apabila nama pemain berkenaan telah di­daftarkan oleh Felda sebelum 5 Disem­ber lalu biarpun Kelantan telah mengumumkan bahawa bekas penyerang Harimau Muda A itu sudah berada dalam perancangan Kelantan.

ep2p-5small