Fazura Terima Jika Taufik Batisah Jadi Jodohnya

Memang bikin panas betul pengakuan Fazura tentang isu sekiranya jodoh bersama jejaka tampan dari Singapura iaitu Taufik Batisah. Dek kerana mesra ketika menjadi juri Maharaja Lawak Mega 2014, ramai yang menggangap mereka berdua mempunyai hubungan istimewa sehingga muncul gosip nakal ‘Fazura Nafi Bertunang Dengan Taufik Batisah‘ pantas Fazura tampil menafikan perkara tersebut.

Walaupun ‘Fazura Dedah Selesa Bersama Taufik Batisah‘ namun mereka berdua hanya lah sekadar teman biasa dan tidak lebih daripada itu. Walaupun dilihat selalu sahaja selfie bersama di MLM2014, namun hakikatnya Taufik Batisah telah mempunyai teman istimewa. Kalau kekasih Taufik Batisah dengar gosip tersebut pasti huru-hara jawabnya. Opss!

Ketika ditemubual bersama Hlive, Fazura dalam nada bergurau atau mungkin serius, mengakui, jika sudah jodoh mereka, dia bersedia menerimanya.

Menarik :- Gambar Dan Video Comel Fazura, “Awak Kat Mana?”

fazura dan taufik batisah2

Fazura dan Taufik Batisah teman tapi mesra

“Saya terima kalau jodoh saya. Taufik seorang yang smart, dan kelemahan saya ialah seorang smart, well-behaved, yang ada karisma,”

Namun berlainan pula dengan jawapan dari Taufik Batisah yang terakhir dia berjumpa Fazura adalah ketika tahun 2004 dan mengatakan mereka sememangnya sudah lama berkawan baik.

“Bila kita jumpa balik, kita macam ambik gambar selfie-selfie gitu. Benda-benda yang sederhana. Mungkin orang suka nak kaitkanlah,”

Gosip liar ‘Fazura Punca Taufik Batisah Mahu Kerap Datang Malaysia‘ benar-benar membuatkan peminat lebih tertanya-tanya tentang hubungan antara mereka. Tetapi penulis yakin dari raut wajah Taufik Batisah ketika diajukan soalan berkaitan hubungannya dengan Fazura, ianya nampak yakin dan hanya menganggap Fazura sebagai teman baiknya. Namun berlainan pula dengan Fazura, hanya senyuman keluar dari bibirnya ibarat Fazura bagaikan sangat selesa apabila bersama dengan Taufik. Opss!

Mungkin kah jodoh mereka? Ahakss!

12 total views, 12 views today

ep2p-5small