Fara Fauzana Tidak Rasa Terbeban Bila Ditanya Soal Kahwin

Pengacara dan penyampai radio Fara Fauzana menjelaskan dia tidak lagi rasa terbeban apabila sering diajukan soalan mengenai perkahwinannya.

Fara, 35, berkata dia sudah biasa dengan perkara itu dan pada usianya sekarang ia bukan soal utama selain meletakkan keyakinan pada Allah yang merancang perjalanan hidupnya.

BACA: “Fara Fauzana Serah Soal Jodoh Kepada Allah“

”Dulu saya akui memang seorang yang terlalu berfikir apabila ada yang bertanya tentang kahwin tetapi sekarang tidak lagi. Saya tidak rasa bebanan itu.

“Allah adalah seorang sebaik-baik perancang dan saya ingin berpegang pada kata-kata ini dan yakin pasti akan ada jodoh saya suatu hari nanti.

“Kalau tidak pun mungkin saya ditakdirkan untuk menjaga kedua ibu bapa saya sehingga ke akhir hayat dan bukan semua orang dapat peluang itu,” jelasnya kepada mStar Online.

Fara terdahulu diumumkan sebagai hos baharu program Muzik-Muzik 30 bersama AG bagi menggantikan Scha Al Yahya.

Menarik artikel berkaitan:- “Muzik Muzik, Fafau Bakal Ganti Scha Alyahya?“

Fara Fauzana Tidak Rasa Terbeban Bila Ditanya Soal Kahwin

Program itu bersiaran setiap hari Sabtu pada pukul 6 petang.

Namun begitu, kata Fara, itu tidak bererti dia akan berhenti berusaha untuk mencari jodoh. Farah akui dia ada mengenali beberapa lelaki namun belum bertemu lagi dengan lelaki yang benar-benar sesuai dengan dirinya.

Tambah Fara, kesibukan dengan tugas seharian turut menjadi faktor utama dia tidak berpeluang untuk menjalinkan hubungan cinta seperti mana wanita lain.

“Mungkin kedengaran klise tetapi itulah hakikatnya. Bagaimanapun saya bersyukur kerana keluarga amat memahami dan tidak pernah masuk campur tentang urusan itu,” jelasnya.

Insha-Allah, Tuhan maha mendengar segala doa dan permintaan dari hambaNya. Harapan Ida Melly semoga Fara tidak putus asa untuk terus berdoa dan berusaha mencari siapakah yang bakal melengkapkan hidup Fara.

38 total views, 38 views today

ep2p-5small