Fara Fauzana Serah Soal Jodoh Kepada Allah

Berita “Muzik Muzik, Fafau Bakal Ganti Scha Alyahya?” akhirnya telah diumumkan kesahihannya sewaktu rakaman Muzik Muzik 30 di Studio C, Sri Pentas TV3 Khamis lalu. Tahniah dan selamat bertugas kami ucapkan.

Dalam perkembangan lain, Fara Fauzana membuat pengakuan ada jejaka yang cuba untuk mendekatinya tetapi malang sekali dek keran kesibukan jadual bekerja, Fara atau lebih dikenali dengan Fafau memberitahu pengenalan antara mereka menjadi sukar.

Menerusi Mangga Online, Fafau berkongsi perkembangan:

“Di usia saya 35 tahun ini, saya selalu berfikir bahawa soal jodoh adalah perancangan dari Allah. Kalau saya ditakdirkan untuk tidak bersama lelaki dan saya hanyalah untuk menjaga kedua ibu bapa sampai bila-bila, i’m ok with it.

“Saya tiada ada masalah jika ditakdirkan sebegitu malah, saya amat berbangga untuk menjaga ibu bapa saya. Sejujurnya bukan saya tidak mencuba dan saya ada berkawan tetapi kesibukan saya bekerja menyebabkan pengenalan itu jadi sukar.

“Soal jodoh ini saya hanya berserah kepada Allah dan sangat berharap perkara itu akan menjadi suatu hari nanti, Insya-Allah,”.

Fara Fauzana Serah Soal Jodoh Kepada Allah

Fara Fauzana akan mengambil alih rancangan Muzik Muzik 30

Insha-Allah, Tuhan mendengar segala doa dan permintaan hambaNya. Allah telah tetapkan jodoh hambaNya. Semoga Fafau tidak putus asa untuk terus berdoa dan berusaha mencari siapakah yang bakal melengkapkan lagi hidup Fafau. Jom tengok gelagat si Fafau ni, isk isk isk!

 

 

30 total views, 30 views today

ep2p-2