Ezad Exist Didenda RM 3,500

Susulan daripada kes “Ezad : Bekas Vokalis Kumpulan Exist Mengaku Salah Miliki Dadah” baru-baru ini rata-ratanya telah membuka mata banyak pihak apabila Ezad pernah ditahan positif memiliki dadah.

Baru-baru ini, Ezad Lazim yang merupakan bekas Vokalis kumpulan Exist mengaku pernah bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram pada 19 November tahun lalu.

Menarik artikel berkaitan:- Ezad Dedah Pernah Disuruh Menyanyi Ketika Di Dalam Lokap

Ekoran daripada itu Ezad telah didenda sebanyak RM 3,500 dan bakal menjalani tempoh pengawasan selama dua tahun. Jika beliau gagal untuk membayar denda tersebut Ezad akan didenda sekali lagi dengan jumlah RM 2,200 serta penjara selama enam bulan bagi pertuduhan pertama.

Ezad dalam satu kenyataan mengaku bersalah memiliki satu paket plastik lutsinar berisi dadah jenis Metaphitamine (syabu) seberat 0.30 gram di kawasan Kompleks Selayang Mall, Selayang Utama pada jam 1.30 tengah hari tanggal 19 November 2014.

Bagi pertuduhan kedua, Ezad didenda RM1,300 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda, selepas mengaku bersalah memasukkan dadah tersebut ke dalam badannya di Ibu Pejabat Polis Gombak kira-kira jam 2.30 petang pada hari dan tarikh yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama yang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Kes Dadah-Ezad Exist Didenda RM 3,500

Buat Ezad, beliau menerima segala keputusan dengan baik dan menjadikan ia satu pengajaran dalam hidup beliau.

“Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan denda pun telah saya bayar di mahkamah dan pengawasan polis selama dua tahun saya terima dengan hati terbuka.”

Setiap perbuatan yang kita lakukan pasti akan ada risikonya. Apapun Ida Melly harapkan apa yang berlaku kepada Ezad boleh dijadikan iktibar kepada semua pihak dan jugak para pembaca supaya tidak terjebak ke dalam kancah dadah. Jangan biarkan orang tersayang merana kerana sikap kita sendiri.

26 total views, 26 views today

ep2p-5small