Dr Afif mungkin dipenjara 5 tahun kerana hina badan kehakiman.

Pihak polis kini dilaorkan sedang mencari mereka yang membuat kenyataan berunsur hasutan dalam media sosial berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara 5 tahun kerana disabitkan kesalahan.

Menurut sumber, Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Baharuddin merupakan salah seorang dari mereka kerana didakwa menyeru orang ramai supaya tidak lagi menaruh kepercayaan kepada badan kehakiman Justeru itu, beliau dikehendaki polis bagi tujuan siasatan kes ini.

Oleh itu, Afif yang juga merupakan Exco kesihatan dan pertanian negeri Pulau Pinang itu, dikehendaki melaporkan diri ke ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur.

Afif berkata beliau akan memberi kerjasama kepada pihak polis untuk membuat siasatan berhubung kes ini.

“Saya akan bekerjasama,” kata Afif ketika ditemui media.

Selain beliau, ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming dari DAP dan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli juga akan disiasat polis kerana didakwa menulis tweet tentang sabitan Anwar.-Alip Danial/Utaranews.com-

ep2p-5small