Demi Reputasi Pelawak Senior, Saiful Apek Enggan Sertai MLM

Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau dikenali sebagai Saiful Apek memberitahu tidak akan menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) walaupun ditawarkan dengan hadiah yang lumayan. Baginya sebagai pelawak senior, Saiful harus menjaga kedudukannya dan merasakan ia tidak lagi penting untuk dirinya memasuki pertandingan tersebut.

“Setiap tahun saya ditawarkan untuk menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega, namun saya menolak kerana merasai ia sudah tidak penting buat saya. Sebelum ini saya sudah beberapa kali menjadi juri pertandingan Raja Lawak dan kenapa pula saya mahu jadi peserta?

Lagi pula tiada apa lagi hendak di buktikan di pentas tersebut kerana sebelum ini saya sudah memeggang gelaran Artis Komedi Popular selama enam tahun berturut-turut… cukuplah tu,” ujarnya.

Yang paling menarik sekali, Saiful Apek mengutarakan pandangan terhadap pelawak-pelawak sekarang berbanding yang dahulunya. Menurutnya, pelawak-pelawak pada masa kini terlampau dimanjakan dengan wang ringgit, oleh sebab itu populariti pelawak yang berjaya di pentas program realiti kebanyakannya tidak panjang.

“Sekarang sangat berbeza. Semasa dengan Senario dulu… kami habiskan masa berbulan-bulan untuk buat album hingga ada tujuh buah album dan konsert sendiri untuk dapat hidup selesa.

“Sekarang buat show lima minit sahaja dah boleh dapat RM500,000. Namun, apa yang saya lihat jika cepat mereka meraih populariti, maka cepat juga akan dilupai,” ujarnya.

Demi Reputasi Pelawak Senior, Saiful Apek Enggan Sertai MLM

Bagi pendapat kami pula, ada betul juga komen Saiful Apek ni. Kalau dah banyak kali memasuki pertandingan seperti MLM itu, mungkin penonton akan berasa bosan dengan lawak yang sama dan peserta yang sama. Oleh sebab itu, kadang-kadang kita akan nampak musim-musim tertentu populariti seseorang pelawak itu akan turun dan akan ada yang naik. Betul tak?

Apabila diberitahu kumpulan Senario akan menyertai pertandingan itu, Saiful menjelaskan pentas MLM bukannya tempat untuk mengukur kualiti seseorang pelawak. Pentas MLM merupakan pentas pertandingan untuk stesen televisyen Astro bukan untuk rakyat Malaysia kerana setiap rakyat di Malaysia tidak kesemuanya memiliki Astro.

“Bagi saya untuk mengukur tahap kualiti seorang pelawak bukan di pentas MLM sahaja kerana ia hanya di pentas Astro dan ia bukan di pentas Malaysia.

“Orang yang melanggan Astro sahaja yang kenal pelawak tersebut, sebaliknya yang tiada stesen tersebut tidak mengenali mereka,” ujarnya.

30 total views, 30 views today

ep2p-5small