Dayang Nurfaizah Anggap Penyanyi Rancangan Realiti Bertuah

Kalau dilihat penyanyi-penyanyi baru sekarang, rata-rata lahir menerusi program realiti TV seperti Akademi Fantasia, Mentor, One In A Million dan sebagainya. Dayang Nurfaizah yang juga merupakan Mentor kepada Azmil di dalam program Mentor Legend berpendapat penyanyi yang lahir menerusi rancangan realiti sememangnya sangat bertuah.

Ini disebabkan mereka semua diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman untuk menjadi penyanyi serta bintang bagi menghiburkan para peminat muzik tanah air.

Tidak seperti orang lain atau kebanyakan penyanyi senior, Dayang beranggapan banyak perbezaan jika dibandingkan dengan dirinya sebelum ini yang terpaksa bersusah payah mengharungi pelbagai detik semata-mata untuk bergelar seorang penyanyi tanpa tunjuk ajar daripada orang yang lebih berpengalaman.

“Saya nasihatkan agar jangan sia-siakan peluang yang ada dan gunakan sebaik mungkin. Jika nak dibandingkan saya dahulu, saya hanya menyanyi apa yang saya tahu sahaja tanpa panduan dan tunjuk ajar dari sesiapa pun.

“Kalau sekarang ini, saya rasa mereka terlalu diberi kesenangan. Saya harap sangat mereka hargai setiap peluang yang ada,” katanya.

Dayang Nurfaizah Anggap Penyanyi Rancangan Realiti Bertuah

Artikel menarik:- Parodi Di Pintu Syurga Tiru Baju Dayang Nurfaizah AJL 29, Dayang Nurfaizah, Pitch Perfect Singer! & Lagu Apa Khabar Joe Flizzow Dan Sonaone Juara AJL29

Akuinya risau protege didikannya Azmil akan terleka dengan kemudahan serta tunjuk ajar yang diberikan mudah diperoleh. Menurut Dayang, bukan dirinya sahaja yang menjadi guru bagi memberi tunjuk ajar kepada Azmil malah diundangnya juga guru vokal khas bagi memberi didikan.

“Tambahan pula saya bukan seorang yang menggunakan kemarahan apabila mendidik seseorang. Saya lebih suka mengambil pendekatan berbincang dengan cara baik

“Namun, saya berpuas hati dengan prestasi Azmil dan saya sangat berharap dia menghargai dan menggunakan secukupnya pengalaman yang diberikan,” kata Dayang lagi.

Korang rasa macam mana dengan persembahan Azmil di pentas Mentor Legend? Ahaks.

Dayang Nurfaizah Anggap Penyanyi Rancangan Realiti Bertuah

7 total views, 7 views today

ep2p-2