David Beckham Suka Usik Anak Di Sekolah

David Beckham Suka Usik Anak Di Sekolah

” );
(function() {
var nn = document.createElement(‘script’); nn.type = ‘text/javascript’;
nn.src = ‘http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js’;
var s = document.getElementsByTagName(‘script’)[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling);
})();

David Beckham Suka Usik Anak Di Sekolah

Pemain bola sepak David Beckham mengaku suka mengusik  dan memalukan anak lelaki sulungnya, Brooklyn sewaktu menghantarnya ke sekolah.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Beckham menerusi rancangan bual bicara ‘Good Morning Britain’ baru-baru ini.

Menurut Beckham, dia gemar mengusik Brooklyn dengan mengatakan ‘I Love You’ dengan kuat sebaik sahaja anak lelakinya itu turun dari kereta dan menuju ke sekolah.

“Brooklyn sekarang sudah meningkat dewasa dan perangainya juga sama seperti budak lelaki lain yang tidak suka apabila ibu bapa menghantar mereka ke sekolah.

“Malah dia juga meminta supaya saya tidak menurunkannya di hadapan sekolah sebaliknya hanya di hujung jalan sahaja.

“Jadi saya turutkan permintaannya namun apabila dia memulakan langkah menuju ke sekolah, saya terus membuka tingkap kereta dan menjerit ‘i love you’ sekuat hati,” katanya ketawa.

Tambah Beckham lagi, pada mulanya Brooklyn tidak berapa sukakannya tetapi beberapa hari kemudian anaknya itu tersenyum.

Tulis Komen

ep2p-5small