Ciri-ciri lelaki pilihan Sherry Al-Hadad

Ciri-ciri lelaki pilihan Sherry Al-Hadad 

Pelakon dan pengacara Sherry Al-Hadad, 31, tidak mahu terlalu mencari cinta kerana dia mahu mencipta nama dahulu dalam bidang seni dan fokus dengan kerjanya sebagai seorang pelakon.

Pun begitu, dia sememangnya sudah mempunyai ciri-ciri jejaka idaman.

“Jika disoal mengenai ciri-ciri jejaka idaman, saya sejujurnya meminati lelaki yang pandai menyanyi kerana saya suka jika dia menyanyikan lagu untuk saya.

“Selain itu, penyayang dan beriman juga merupakan ciri-ciri pilihan jejaka yang saya minati.

“Walau bagaimanapun, sekarang ini saya tidak mahu terlalu mencari. Saya hanya berserah kepada jodoh kerana tuhan yang menentukan segalanya.

“Sejujurnya, sewaktu saya di alam persekolahan dahulu, saya target untuk berkahwin di usia 25 tahun. Selepas mencecah umur tersebut, saya target pula umur 27 tahun paling lewat untuk berkahwin.

“Apabila dah 27 tahun dan masih lagi belum berumah tangga, hmmm.. lantak kaulah,” ujarnya ketawa besar.

Selain itu, dia yang semakin dikenali memberitahu masih belum menerima tawaran watak yang diingini.

“Orang ramai mengenali saya sebagai seorang pelakon yang sering membawa watak lawak. Saya ingin cuba sesuatu yang baru. Teringin juga nak bawa watak gadis teraniaya tetapi rezeki saya lebih kepada watak jenaka,” katanya. ~ Mangga

ep2p-5small