Cintanya Kini Adalah Kepada Kariernya-Juliana Evans

Setelah membawa diri ke Amerika Syarikat bagi menyambung pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di Western Michigan University, Amerika Syarikat (AS) kini nama Juliana atau mesra disapa Jue menjadi sebutan sebaik sahaja dia pulang ke sini. Semuanya gara-gara ‘keretakan’ hubungan antara Zizan Razak dan Emma Maembong yang hangat diperkatakan awal tahun ini.

Menarik artikel berkaitan:-  ”Juliana Evans Mohon Tidak Kaitkan Dirinya Dalam Kisah Cinta Zizan Razak“

Dek kerana ‘keretakan’ tersebut, Jue dikatakan menjadi punca hubungan cinta Emma dan Zizan mula goyah. Namun perkara itu sudah dijawab Jue menerusi akaun Instagramnya, bahkan Jue sendiri menyukai Emma bersama Zizan.

Tidak dapat lari dari soalan cinta, ketika ditemuramah Jue menegaskan, cintanya kini adalah kepada kariernya yang baru sahaja bermula semula.

“Saya sendiri sekarang dan fokus saya kini 100 peratus kepada karier. Apatah lagi, saya baru sahaja kembali aktif di dalam bidang seni. Sebelum ini bukan tidak aktif tapi saya tak dapat memberi fokus 100 peratus kerana terikat dengan pelajaran dan sebagainya.

“Jadi sekarang bila dah tamat pengajian, tibalah masanya saya memberi fokus pada karier. Perkara lain saya letak ke tepi dahulu,” katanya.

Jue yang kini bernaung di bawah syarikat pengurusan Uprising Entertainment Sdn Bhd bersama Ummi Nezeera, Keith Foo, Kaka Azraff, Johan As’ari, Nazrief Nazri, Hafreez Adam dan Raja Syahiran berkata, dia mengikat kontrak selama enam bulan dengan syarikat tersebut.

“Buat masa ini saya akan berada di Malaysia dan jadual saya diuruskan oleh Uprising Entertainment Sdn Bhd.

“Namun saya berada di sini bukan secara tetap kerana saya tetap akan pulang ke Los Angeles (L.A) kerana masih ada beberapa barang saya berada di sana.

“Malah saya juga sudah mengikat kontrak dengan sebuah syarikat pengurusan artis di sana dan sekiranya ada tawaran saya perlu kembali ke L.A,” jelasnya.

Cintanya Kini Adalah Kepada Kariernya-Juliana Evans

Menyedari akan saingan di luar negara, Jue berkata dia membuat keputusan untuk melebarkan sayap di luar negara selepas melihat ada banyak peluang dan dia sendiri pernah beberapa kali ditawarkan sebagai pelakon dan model di sana.

“Ia adalah sebahagian daripada impian saya sebagai anak seni dan saya sedar walaupun persaingan sengit tetapi saya mahu lihat sejauh mana diri saya boleh pergi ke Hollywood dengan bakat yang saya ada.

“Bukan mahu popular atau menjadi artis gred A di Hollywood kerana sedar perkara itu memakan masa yang lama. Apa yang saya mahukan cuma pengalaman,” jelasya.

Sebagai penulis, Ida Melly tumpang gembira diatas kejayaan Jue yang membawa pulang ijazah dalam bidang Filem, Video & Pengajian Media dari Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat ketika pulang ke tanah air. TAHNIAH!

4 total views, 4 views today

ep2p-5small