Cikgu mahu hantaran kahwin minimum RM18 ribu.

Seorang wanita yang mengaku berkerja sebagai cikgu telah memuat naik status di laman Facebooknya yang boleh membangkitkan kemarahan ramai lelaki kerana ayatnya yang berunsur penghinaan.

Wanita tersebut yang menggunakan nama Cikgu Nur Wafidah Damia memuat naik status bahawa para wanita sewajarnya hanya menerima hantaran perkahwinan paling minima sebanyak RM18,000 dan paling tinggi, RM35,000 hingga RM40,000 ke atas.

“Wajib minta hantaran tinggi pada pihak lelaki. Paling rendah RM18,000. Paling tinggi RM35,000 – RM40,000.

“Lelaki yang tak mampu wajib halau dia dan jangan dijadikan kekasih atau suami. Layak dia kahwin dalam reban ayam bersama dengan ayam ternakkan,” katanya.

Andaikata beginilah permintaan setiap wanita, tidak hairanlah jika ramai lelaki yang membujang untuk jangka masa yang lama.

ep2p-2