Bogel di tempat suci kini jadi trend pelancong.

Dua orang remaja warga Amerika di tahan anggota polis akibat berkelakuan tidak senonoh dan menghina kesucian kuil Angkor.

Menurut pegawal keselamatan di situ, Remaja yang dipercayai adik beradik itu ditahan kerana merakam gambar separuh bogel di subuah kuil yang terkenal di Phnom Penh. Tindakan tak senonoh kedua remaja terbabit mendatangkan kecaman hebat dari masyarakat negara itu.

Menurut anggota polis Keat Bunthan, adik beradik itu kini sedang disiasat dan bakal dikenakan tindakan.

“Mereka melurutkan seluar sehingga paras lutut dan mengambil gambar punggung masing-masing. Buat masa ini kami belum mengetahui tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka,” katanya.

Kali ini saja dah dua kali kejadian seperti ini berlaku dalam tempoh tiga minggu. Kalau korang ingat lagi, baru-baru ni tiga pelancong Perancis ditangkap berbogel ketika berada di kuil berkenaan. Gomez pun tak pasti la apa motif dorang buat macam tu.

Maybe sebab nak nampak rare kot boleh tangkap gambar macam tu, nak tiru artis Hollywood la konon. Ala.. Nak fight dengan Rihanna lettuew hahaa.. Dah jadi trend pulak berbogel di tempat suci.

Dalam pada itu, tiga pelancong Perancis yang berbogel di lokasi berkenaan dijatuhkan hukuman penjara enam bulan yang ditangguhkan pelaksanaannya. Dalam masa yang sama mereka diharamkan dari memasuki Kemboja selama empat tahu.

Uishhh.. Berat jugak hukuman dia nohhh.. Tapi yang Gomez heran artis tak kena pulak hukuman macam tu. Pelikkk..-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small