Binatang aneh muncul dari minuman kotak MILO.

Cuba korang bayangkan.. Dah dekat nak habis dah korang minum tiba-tiba keluar binatang yang menjijikkan dari kotak air minuman korang.

Eyukkkkkss.. Loya tekak Gomez tengok gambar yang dikirimkankan oleh seorang pengirim ni. Nak kata lintah mustahil.. Tapi nampak macam ulat beluncas pun ada. Yang pasti memang menggelikan tekak korang hahaaa.

Panjang bebenor binatang yang tidak diketahui identitinya ini. Menurut pengirim, binatang ini keluar dari kotak milo yang dibelinya. Nasib baik tak sempat minum lagi.. Patut la milo ni sedap kihkihkih.

Bagaimanapun objek aneh ni sudah pun dihantar ke lab untuk dikaji. Agak-agak korang apa yer binatang menggelikan ni. Tak pasti la salah siapa dalam hal ini.. Nak salahkan pihak pengeluaran produk ni pun tak boleh jugak, kena siasat dulu.

Yang bertambah hairannya lagi.. Macam mana binatang ni boleh ada dalam minuman ni? Macam mana dia masuk hahh? Entah-entah dia membesar dalam kotak milo ni tak.

Lepas ni kalau korang beli air kotak yang macam ni, tak kira lah jenama apa pun. Make sure korang tapis dulu yer. Bukan apa untuk keselamatan je.. Jangan sampai dah masuk dalam mulut baru korang nak perasan.

Gomez pun tak nak dah beli air kotak macam ni hahahaha… Takut senasib pulak dengan pengirim kita ni.

ep2p-2