Berita palsu mangsa rejim zionis jadi viral

 

Sekarang ni jenis tak tahu maklumat yang diterima itu betul atau palsu, korang main bedal je kongsi merata-rata. Kalau iyer pun nak share bagi orang ramai tahu, setidaknya kompem la dulu betul ke tak berita tu.

Kes macam ni la yang dorang cakap sebab share masuk penjara hahaaa.. Korang nak ke masuk penjara sebab tekan butang share je??

Semalam tersebar satu gambar yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang dikatakan maut akibat memasukkan pin pengecas telefon bimbit yang masih dalam keadaan  ‘swich on’ suisnya ke dalam mulut.

Gambar menyedihkan itu tersebar secara meluas dan menjadi viral di laman facebook dan aplikasi Whatsapp. Kononnya dorang yang buat berita palsu ni nak bagi nasihat la kat korang yang selalu cabut fon lepas dicas tetapi tak tutup suis tu.

Nampak macam logik jugak kan berita yang direka ni sebab kalau tangan basah pun kita boleh kena shottttt. Gomez kompom lah pasti ramai yang buat macam ni kan, cabut fon tapi pengecas tak tutup.

Tapi selepas dikorek dan disiasat dari mana datangnya gambar ini, rupa-rupa gambar tersebut merupakan gambar seorang abang yang memeluk adiknya yang ditembak oleh rejim Bashar Al-Assad di Syria.

Bukannya adik ni mati disebabkan oleh pengecas telefon bimbit!  Haishhhh… Yang korang ni pun bendoi pi caya bulat-bulat apa orang kata. Tak pasal-pasal korang sebarkan fitnah.-

ep2p-5small