Bayi 12 bulan terjatuh dalam periuk air panas..

Tak siapa sangka kemalangan akan berlaku.. Ye dak? Selalunya, dugaan datang dalam kita sendiri sewaktu kita tak sedar. Satu kejadian tak diingini telah berlaku di China dimana seorang bayi yang berusia 12 bulan ‘terjatuh’ dalam periuk yang ada air panas.. Aduh la, malang sungguh.. Kita yang dewasa nih terkena sikit pun, dah melecek kulit..

Gara-gara itu, bayi bekenaan dibawa ke hospital berdekatan dan terpaksa menjalani pembedahan kecemasan. Menurut doktor, bayi malang itu mengalami luka akibat terbakar di bahagian bawah dan belakang badan.Fuh,nasib baik la tak maut kan..

Ngerii nyer.. Ketika kejadian, Longlong sedang bermain di bahagian dapur. Menurut datuknya, Gang Hsieh, 67, dia mengangkat periuk berkenaan dari atas dapur dan diletakkan di lantai kerana dia memerlukan ruang untuk memotong lobak. Tetapi ntah macam mana, cucunya terjunam ke dalam periuk tersebut.

Kelam kabut la semua orang. Nampaknya, ibu bayi itu, Zhang Tao, 30, redha dengan kejadian itu. Susulan itu, media tempatan kini memulakan kempen untuk membantu keluarga berkenaan mengutip wang bagi membayar kos rawatan Longlong.

Harap-harap lepas nih tak jadi dah yer.. Jauhi la kanak-kanak dari bahaya ancaman yang tak sepatutnya.. Takkan la korang nak tengok anak korang berbalut plak kan.. Take note ya semua orang.. ~~MiraAzhar/UtaraNews.com

ep2p-5small