Bahana Pakai ‘Fake Braces’, Bukan Cantik Tapi Cari Penyakit

Perhatian buat remaja di luar sana yang teruja menggunakan ‘fake braces‘ atau pendakap gigi palsu. Anda harus baca artikel ini!

Kononnya mengikut trend dan inginkan kecantikkan, namun tahukah anda, memakai ‘fake braces‘ mampu mengakibatkan kerosakkan pada gigi?

Malah lebih parah lagi, ia juga mampu mereputkan gigi anda? Dari elok-elok boleh kunyah secara normal, terpaksa pula keluarkan duit untuk memiliki gigi palsu. Inilah dipanggil tak ada penyakit, cari penyakit!

gigi (1)

Melalui satu entri di laman sosial, seorang doktor gigi berkata, penggunaan pendakap gigi palsu sebenarnya boleh mendatangkan mudarat buat si pemakai jika ia tidak diletakkan dengan cara betul.

Tulis beliau, “… contoh kesan rawatan fake braces: gigi bergerak tidak terkawal, goyang, terpaksa dicabut oleh doktor gigi.”

Bukan itu sahaja, logam yang digunakan sebagai ‘pengikat’ di gigi juga sebenarnya mampu membuatkan gigi si pemakai reput dan rosak kerana ia menggunakan bahan tidak berkualiti.

o-FAKE-BRACES-facebook

Kalau anda nak tahu, walaupun ia hanya pendakap gigi palsu, tetapi cara pemakaiannya tetap sukar dan menyakitkan kerana ia akan mencengkam gigi si pemakai!

Lantas itu, ia amat merisikokan kedudukan gigi kerana cengkamannya berkemungkinan besar berada di kedudukan yang tidak sepatutnya dan akan menolak gigi yang normal untuk beralih ke kedudukan lain.

Bukan itu sahaja, dalam satu program diskusi tentang trend pemakaian ‘fake braces’ dalam kalangan remaja Asia, pengacaranya memaklumkan, dua orang telah menemui ajal (setakat 2013) akibat tertelan pendakap gigi tersebut ketika sedang tidur!