Artis wanita seksi terkedu kalah saman fitnah..

Sebelum ini industri hiburan pernah dikejutkan dengan berita pelakon seksi, Zahida Rafik telah ditipu oleh bekas pemandunya dan wang bernilai RM200,000 telah dicuri.. Susulan kes tu Miss A pun ingatkan dia nak saman bekas pemandunya..

Tetapi, bekas pemandunya pulak yang telah memfailkan saman terhadap Zahida kerana memaklumkan kenyataan Zahida tu dikatakan adalah fitnah..

Hari ini mahkamah telah memutuskan bahawa Zahida memang telah menfitnah bekas pemandunya dan perlu membayar RM150,000 kepada Noor Azman Azemi sebagai ganti rugi kesalahan.. Kerana mulut badan binasa, itulah nasib yang menimpa Zahida kan..hehehe..

Azman pun dedahkan dia tak pernah pun terima wang secara tunai dan tak pernah diberi jumlah besar tanpa ditemani Zahida.. Dia hanya dibayar RM25,693 untuk membayar dua kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah, Ampang milik Zahida..

Hmm.. pelik betul Miss A, kenapa Zahida nak tuduh orang yang tak bersalah? Macam-mcam hal betul artis ni.. Miss A/UtaraNews.com 

ep2p-2