Artis Singapura pun kena tipu dengan bekas pengurus Tegar..

Dakwaan sebelum ni yang memaklumkan bekas pengurus Tegar iaitu Arif Dollah telah menipu duit Tegar sehingga Tegar kembali mengemis telah mengejutkan ramai orang.. Tetapi Arif telah muncul di rancangan Melodi TV3 memberikan penjelasan panjang lebar bahawa semua yang didakwa hanya satu rekaan..

Dia telah menjaga dan anggap Tegar tu macam adik sendiri.. Tak sangguh dia nak buat perkara seperti yang didakwa.. Bagaimanapun, seorang artis dari negara Singapura telah tampil mendedahkan perangai sebanar Arif tu adalah seorang yang lebih teruk dari syaitan tau! Artis Singapura terbabit dikenali sebagai Sufie Rashid..

“Saya kenal siapa A. Nama dia Arif Dollah. Jika ada sesiapa nampak dia, jangan bekerja dengan dia. Dia lebih teruk dari syaitan.

Dia pernah menguruskan saya tetapi dia telah menggunakan saya dan menguasai kehidupan keluarga saya. Kasihan Tegar, dia seorang budak yang lurus.

Kepada Arif, kalau awak baca ini, hati-hati kerana semua orang mencari anda. Awak adalah satu-satunya lelaki yang saya tidak akan maafkan sampai bila-bila pun atas apa yang anda lakukan terhadap saya dan keluarga saya.  Awak lebih teruk dari binatang.”

Nak kukuhkan bukti lagi yang Arif ni memang seorang penipu bila seorang penggosip Facebook, Nur JM Mohd yang berasal dari Singapura pun mendakwa yang Arif ni adalah seorang penipu dan tak boleh dipercayai..

Bila dah banyak sangat orang duk tuduh Arif macam ni, memang Miss A pasti Arif ni memang seorang penipu.. ‘Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”.. Kalau betul Tegar ni dianiaya, semoga orang yang bertanggungjawab tu dapat menerima hukuman yang setimpal.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2