ARTIS SEKSI MENGAKU PERNAH DIPAKSA BEDAH MUKA

Populariti Ayda Jebat mula meningkat naik sejak kemunculannya dalam drama “Rindu Awak 200%”.. Sejak tu memang nama Ayda dah tak asing lagi dalam industri tanah air.. Miss A sendiri tak nafikan watak yang dibawanya memang memberi kesan dalam diri setiap penonton..

Ada jugak orang samakan wajah Ayda ni dengan pelakon comel Wawa Zainal.., memang ada sama sikit kan? Cumanya wajah Ayda ni sedikit bulat.., nak dijadikan cerita baru-baru ni berat badan Ayda dah semakin bertambah.. Bila dah berat badan bertambah muka Ayda pun nampak sedikit berisi..

Disebabkan muka Ayda tu dah bertambah bulat, ada rakannya yang suruh dia membuat pembedahan muka bagi membuang lemak untuk nampak lebih cantik..

“Ada juga rakan-rakan yang menyuruh saya buat rawatan muka untuk bagi nampak lebih cantik tetapi saya menolak.


Saya muda lagi untuk buat itu semua dan saya masih yakin dengan apa yang saya ada sekarang ini tanpa perlu membuat pembedahan atau rawatan.” katanya..

Bagus sangat tindakan Ayda tu, tak payah la sampai nak bedah-bedah bagai.. Kalau dah cantik tu cantik jugak.., tak kisah la muka bulat ke bujur.. Kalau cantik sebab bedah tu plastik je.. Orang Malaysia kita ni tak perlu nak cantik dengan bedah, cantik asli lagi peminat suka.. Ye dak? Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2