Artis ni merana sakit tulang belakang gara-gara Futsal..

Ingat lagi tak peristiwa penyanyi, Hafiz Suip terpaksa dikejarkan ke hospital bulan lalu sebabnya mengalami masalah tulang belakang? Nampaknya sakit seperti tu bukan sekejap je boleh sembuh tau..

Punca Hafiz sakit tulang belakang ni korang tahu sebab apa? Haa sebab Hafiz ni terlalu lincah bermain futsal je.. Sebab perkara tu Doktor menyarankan Hafiz perlu menjalani rawatan fisioterapi selama setahun  di sebuah hospital swasta di Subang Jaya..

Walaupun dia dah rasa makin pulih, tapi dia masih lagi kena buat rawatan sebab nak pastikan Hafiz betul-betul bebas dari penyakit tu..

“Kecederaan slipped disc itu telah menghimpit beberapa saraf lain pada badan saya. Biarpun ia semakin pulih namun doktor mahu saya menjalani rawatan fisioterapi selama setahun bagi memastikan masalah itu tidak berulang”

“Biarpun perlu berulang-alik ke hospital dalam jangka masa setahun ini tetapi saya akur demi kesihatan saya,” katanya..

Kalau dah melibatkan penyakit serius ni lebih baik kita refer doktor je, kalau dia cakap tu lebih baik.. Ikut je cakap diorang.. Memang kita rasa sihat tapi dalaman kita tak tahu.. Miss A harap kesihatan Hafiz akan lebih baik.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2