Artis bekas Tahfiz mengaku tak ada Girlfriend..

Bekas pelajar Tahfiz yang menceburi bidang lakonan, Johan As’ari  mengakui hubungannya dengan Puteri Najwa kelihatan akrab berkemungkinan faktor hanya mereka berdua terlibat ketika penggambaran diadakan di Sungai Lembing, Kuantan Pahang.

Jelas Johan, dia tidak mempunyai sebarang niat tidak baik terhadap aktres itu apatah lagi cuba memikatnya kerana menghormati wanita berkenaan.

“Kami rapat sebab tiada pelakon lain ketika penggambaran di sana kerana banyak babak hanya melibatkan kami sahaja. Itu pun Puteri Najwa tidak berada lama di Sungai Lembing.

“Mungkin apa yang orang lain lihat cuma tanggapan mereka sahaja wahal tiada apa-apa berlaku diantara kami,” jelasnya lagi.

Johan turut menegaskan ‘cinta lokasi’ itu tidak terbawa-bawa sehingga ke luar lokasi dan menjelaskan hubungannya mereka sekadar teman biasa sahaja.

Malah kata Johan, selepas beberapa kali kecundang dalam percintaan dia kini tidak terlalu memikirkan soal cinta sebaliknya ingin memberi fokus kepada kerjaya lakonannya.

“Banyak pengajaran yang saya dapat daripada pengalaman lalu dan saya sekarang tidak mempunyai teman istimewa dengan mana-mana wanita termasuk Puteri Najwa.

“Selepas selesai penggambaran Waris Kasih kami juga tidak ada berjumpa,” katanya.

ep2p-2