Arjun Rampal Dedah Isterinya Pengkritik Yang Kejam

Mengimbau detik perkenalan antara Arjun Rampal dan isterinya, Mehr ianya agak romantis kerana mereka mula menjalin cinta ketika sama-sama aktif dalam modelling. Hingga saat ini perkahwinan mereka telah pun mempunyai dua cahaya mata dan kini hidup bahagia. Oooh! rindunya melihat Arjun Rampal berlakon filem lebih-lebih lagi melihat lakonannya yang sentiasa mantap.

Isterinya, Mehr merupakan pengkritik tetap kepada setiap lakonan Arjun malah perkara tersebut diakui sendiri oleh Arjun Rampal yang isterinya itu adalah pengkritik yang ‘kejam’.

“Kritikannya sangat telus. Kalau lakonan saya tak bagus, dia akan terus hentam. Bagaimanapun, saya tetap memerlukan respons daripadanya untuk menentukan persembahan saya bagus atau tidak.

“Setiap kali berlakon filem baru, saya anggap ia adalah bayi saya dan mesti buat yang terbaik. Mehr akan pastikan saya memberi persembahan terbaik dan lain daripada lakonan terdahulu,”

Arjun Rampal

Arjun Rampal tak kisah dikritik isteri

Disebabkan Arjun Rampal aktif berlakon dan popular sebagai selebriti kacak dirinya tidak kisah tentang masa depan dan minat anak-anaknya dan menyokong sekiranya anak-anaknya mahu menjadi pelakon atau model seperti dirinya.

“Itu adalah pilihan mereka dan saya tak boleh kata ‘tidak’ kerana industri Bollywood adalah tempat yang sangat menarik. Jika mahu berlakon, saya akan bantu mereka. Mahikaa dan Myraa selalu datang ke lokasi penggambaran filem saya.

“Saya mahu jadi kawan kepada anak-anak dan sentiasa mendengar cerita dan impian mereka,”

Memiliki keluarga bahagia adalah impian setiap pasangan yang berkahwin, penulis yakin dengan adanya isteri Arjun Rampal sebagai pengkritik disetiap lakonan pasti prestasi dirinya bertambah maju dan mantap. Tak gitu?, isteri inspirasi untuk terus berjaya. Opsss!

81 total views, 81 views today

ep2p-5small