Anwar akan diberikan “makanan anjing” didalam penjara??

Walaupun sudah berada didalam penjara, penyokong Anwar Ibrahim mahu idola mereka dilayan dengan penuh kemewahan. Mereka kini mempertikaikan layanan yang bakal diterima oleh Anwar dan tak mahu Ketua Umum PKR itu diberikan layan seperti banduan biasa.

Ini berikutan sebuah kenyataan dari sumber dalaman di penjara Sg Buloh yang menyatakan bahawa Anwar akan dilayan sama seperti banduan lain di Penjara tersebut.

Sumber dalaman Penjara Sungai Buloh yang enggan namanya didedahkan berkata kepada sebuah laman media semalam, Anwar hanya akan dibekalkan bantal dan tilam di dalam sel yang menempatkannya.

“Anwar akan dapat layanan sama seperti banduan yang lain. Tiada kelebihan, lantai diperbuat daripada simen, dan pintu jeriji daripada besi.

“Memang ada sel yang ada katil dan sebagainya, tetapi itu kebiasaannya diberikan kepada banduan yang sakit atau tidak sihat,” katanya.

Sebelum ini, beberapa wakil DAP yang ditahan atas kesalahan menghasut rakyat pernah mempertikaikan layanan yang diberi didalam penjara khususnya dalam penyediaan makanan.

Teressa Kok juga pernah melabelkan makanan didalam penjara sebagai makanan anjing manakala beberapa wakil Pakatan lain menganggap layanan di penjara sangat teruk. (sumber)

ep2p-5small