Amelina Enggan Memperbesarkan Isu Mengenai Komen Ifa

Semalam, penyanyi, pelakon dan pengacara Ifa Raziah telah memberikan komen mengenai kemunculan semula Amelina di persada hiburan tanah air.

Menarik artikel berkaitan:- “Komen Ifa Raziah Tentang Amelina Ratu Dangdut Malaysia“

Menerusi Harian Metro hari ini, Amelina bagaimanapun enggan memperbesarkan mengenai komen Ifa. Bahkan kemunculan semula dirinya hanya bertujuan untuk mencari rezeki, justeru dia tidak berminat untuk melibatkan diri dalam sebarang kontroversi atau konflik dengan mana-mana pihak.

“Sama ada betul atau tidak, sama ada kenyataannya dimanipulasi atau sebaliknya, saya ambil pendekatan tidak melatah atau komen banyak. Saya malas hendak pening kepala dengan hal remeh-temeh begini.

Saya mahu bekerja betul-betul dan tidak mahu menimbulkan kontroversi dan salah faham dengan mana-mana pihak pula nanti”.

Sebagai seorang penyanyi yang telah lama muncul dalam industri pastinya Amelina sudah sedia faham dengan masalah yang terpalit dalam bidang ini.

Amelina Enggan Memperbesarkan Isu Mengenai Komen Ifa

Mungkin pengalaman lalu memberinya pengajaran untuk menangani situasi seperti ini. Yelah, manalah tahu mungkin terdapat salah faham di mana-mana, mungkin Ifa sendiri tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak.

Namun Ifa juga mempunyai penjelasan sendiri terhadap kenyataan yang dikeluarkannya itu. Sama-sama ikuti penjelasan Ifa dalam entri selepas ini.

30 total views, 30 views today

ep2p-5small