Albern Murty Dilantik Menjadi CEO Digi Baru Bermula 1 April

Albien MurtyDigi baru sahaja mengubah CEO baru mereka pada bulan Ogos lepas, dan kini dengan beberapa perubahan pada Telenor Group, perubahan tampoh pengurusan sekali lagi berubah, apabila kini Albern Murty akan menjadi CEO Digi baru bermula 1 April kelak.

Albern Murty telah bersama Digi sejak tahun 2002 yang lepas, dimana beliau telah melalui pelbagai perubahan jawatan. Jawatan terakhir yang dipegang beliau adalah Chief Operating Officer sejak daripada awal tahun lepas. Sebelum dengan Digi, Albern Murty bekerja di Lucent Technologies untuk pengurusan di rantau Asia.

CEO sedia ada Digi pula, Lars-Åke Norling akan menjadi CEO untuk syarikat telekomunikasi dtac di Thailand, yang mana juga merupakan salah satu syarikat telekomunikasi dibawah kumpulan Telenor.

Dengan Albern Murty yang akan menjadi CEO Digi bermula 1 April kelak, ia sekaligus menjadikan Albern sebagai CEO pertama daripada rakyat Malaysia untuk syarikat telekomunikasi berkenaan. Beliau dijangka akan meneruskan visi Digi dalam terus bersaing dan menawarkan pelbagai pelan internet menarik kepada para pelanggan.

ep2p-2