AKSI PRESIDEN TERSUNGKUR JADI BAHAN TROLL SATU DUNIA

Haha ! Sebab salah sendiri nak lempar taik pulak kat orang lain. Ni sebab nak kaver malu la ni. Macam insiden Presiden Zimbabwe yang jatuh ni.

Kalau nak ikutkan, dia jatuh sebab dah tak jalan betul-betul.. Bukan sebab orang lain yang buat bagi dia jatuh. Mungkin sebab dah malu sangat, yer la dah ramai orang tengok. Sekali dengan wartawan-wartawan semua ada sekali haaa.

Dia terus gantung kira-kira 27 orang pengawal peribadinya yang ada disitu ketika insiden berlaku. Hahaaa ! Macam lawak pun ada kesian pun ada. Tak pasal-pasal dorang pulak yang kena gantung kerja.

Alasan dorang ni digantung kerja adalah kerana tak menjalankan tanggungjawab dorang dengan betul. Betul jugak katanya tu, sebab sebagai pengawal dorang kena berada tiga kaki dari kedudukan presiden.

Tapi dah ramai sangat kang tak boleh nafas pulak kalau semua nak dok dekat dia, ye dok ! Tula pengawal peribadi ramai sangat tak nak kalah. Last-last sorang pun tak boleh nak tolong, kehkeh.

Ketika insiden, Mugabe, 90, tersungkur semasa menuruni podium selepas memberi ucapan kepada pengokong yang hadir mengambut ketibaan penerbangannya dari Ethiopia.

Itu dah sepasai.. Tambah malu lagi apabila gambar dia terjatuh itu dijadikan bahan lawak jenaka oleh pihak yang tak bertanggungjawab.. Hahahah lagi angin la kawan tu. Walaupun ada yang memaksa jurugambar memadam foto-foto terbabit tapi faham-faham jela mesti ada yang terlepas punya.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2