AFF akan mempunyai ibu pejabat sendiri pada 2017

PERSEKUTUAN Bola Sepak ASEAN (AFF) akan mempunyai ibu pejabat sendiri di Presint 5, Putrajaya dalam masa dua tahun lagi.

Pembinaannya akan dilengkapi dengan bilik kuliah dan seminar, sekali gus menjadi pusat sukan bola sepak di rantau ASEAN kelak.

Projek yang menelan belanja RM90 juta itu dijangka siap pada 2017.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, dengan pembinaan ibu pejabat tersebut, kawasan Presint 5 akan menjadi pusat pembangunan untuk sukan bola sepak di rantau ini suatu hari nanti.

“Cabaran utama yang sering dihadapi bola sepak ASEAN adalah untuk mendapatkan tajaan apabila menganjurkan kejohanan peringkat belia kerana kebanyakan memilih untuk menaja kejohanan-kejohanan yang lebih berprestij sahaja.
// <![CDATA[
new innity_adZone(“07211688a0869d995947a8fb11b215d6”, “41883”, {“origin”: “MY”, “width”: “300”, “height”: “250”});
// ]]>
“Justeru, dengan penubuhan ibu pejabat AFF di Malaysia, kita akan mengambil langkah sewajarnya bagi meningkatkan lagi prestasi bola sepak ASEAN selain menarik lebih ramai penaja untuk menjadi rakan persatuan ini,” titah baginda yang mewakili Presiden AFF, Sultan Ahmad Shah pada majlis Pecah Tanah Ibu Pejabat baharu badan induk bola sepak ASEAN itu di Putrajaya semalam.

Bangunan lima tingkat tersebut mempunyai keluasan 26,000 kaki persegi.

Dalam pada itu, Naib Presiden Kanan AFF, Francisco Kabualdi Lay yakin usaha tersebut mampu membina masa depan yang lebih baik untuk bola sepak di rantau ini.

“Kita akan terus mengukuhkan kerjasama dalam AFF,” ujarnya lagi. – Kosmo

ep2p-2