6 Foto Sekitar Persandingan Leez AF Dan Aepul Drama Band

Foto Sekitar Persandingan Leez AF Dan Aepul Drama Band | Tahun lalu merupakan detik indah buat pasangan romantis Leez AF dan Aepul Drama Band bersatu sebagai suami isteri. Kenangan indah mereka berdua disatukan diabadikan menerusi artikel ini ‘10 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Leez AF Dan Aepul Drama Band‘. Saat tersebut Leez AF masih lagi belum terbuka hati untuk mengenakan hijab namun berita baik buat peminatnya yang kini ‘Leez Cantik Menawan Bertudung‘. Fuh! bahagianya melihat mereka bersatu dalam ikatan yang sah, tahniah juga buat Leez AF kerana terbuka hati untuk padam gambar yang tidak menutup aurat di instagram.

Leez AF dan Aepul Drama Band telah disatukan sebagai suami isteri dalam majlis pernikahan yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat di Masjid Salahuddin al-Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur pada 27 Disember tahun lalu.

Pasangan yang cukup bersederhana sama cantik sama padan menggayakan persalinan berona biru. Mengulas mengenai majlis berkenaan, Leez akui persiapannya agak memeningkan namun dia gembira segala-galanya berjalan lancar.

Foto Sekitar Persandingan Leez AF Dan Aepul Drama Band2

“Lama juga kami mencari tarikh sesuai untuk majlis ini kerana selepas bernikah, saya dan Aepul kembali sibuk. Begitu juga dengan ahli keluarga lain masing-masing ada agenda lain lantas majlisnya tertangguh sedikit.

“Apapun, seronoknya, keluarga yang menguruskan serba-serbi dan kebetulan ada juga yang ditaja,”

Foto Sekitar Persandingan Leez AF Dan Aepul Drama Band

Foto Sekitar Persandingan Leez AF Dan Aepul Drama Band2

Foto Sekitar Persandingan Leez AF Dan Aepul Drama Band3

Foto Sekitar Persandingan Leez AF Dan Aepul Drama Band4

Pasangan ini bakal berbulan madu di Pulau Redang, Terengganu yang Leez sendiri mempunyai alasan memilih tempat tersebut sebagai lokasi bulan madu mereka.

Turut hadir di majlis berkenaan Zarul Umbrella dan Idzham Ismail. Drama Band juga tidak ketinggalan menghiburkan jemputan dengan pilihan lagu-lagu menarik. Semoga hubungan yang dibina berkekalan buat selama-lamanya.

6 total views, 6 views today

ep2p-5small