4 Gambar Rihanna Jalani Sesi Fotografi Dengan Jerung

Rihanna yang kini dilantik sebagai Pengarah Kreatif Puma bertindak berani dengan mencabar dirinya dengan menjalani sesi fotografi bersama jerung di sebuah akuarium yang terletak di Tampa, Florida. Eh! semua dah kenal dengan Rihanna yang merupakan antara selebriti Hollywood yang berani mencuba sesuatu yang baru dalam karier seninya. Sama ada menerusi muzik atau fotografi, Rihanna sentiasa memberikan yang terbaik dan lain daripada yang lain.

Apa yang lebih menarik, Rihanna bersetuju untuk mejalani sesi fotografi ini adalah untuk meraikan ulang tahun ke-40 filem Jaws yang turut merupakan antara filem kegemarannya. Yeah! pasti meletop kan hasil gambar sesi fotografi tersebut.

Jom saksikan video behind the scene dibawah bagi melihat keberanian Rihanna.

Gambar Rihanna Jalani Sesi Fotografi Dengan Jerung

Gambar Rihanna Jalani Sesi Fotografi Dengan Jerung2

Gambar Rihanna

Sebelum ini, ‘Rihanna Serik Bercinta Dengan Penyanyi Rap‘ merupakan luahan hatinya berkenaan cinta namun yang terbaru Rihanna dikaitkan mempunyai hubungan cinta bersama Leonardo Dicaprio. Sejauh mana kebenaran hubungan mereka? jangan lupa baca artikel ini tau ‘Leonardo Dicaprio Dan Rihanna Bercinta?‘. Go go go, Rihanna!

17 total views, 17 views today

ep2p-2